Penggandaan Berentak (Berirama )
Penggandaan
berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar
mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan
berentak
(berirama), seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
diulang
atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi
demikian,
maka penggandaan berentak dibahagikan kepada 3 jenis ,iaitu :
i) Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan
pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian
vokal
Contohnya :
Kata nama : kuih muih, lauk pauk ,
sayur-mayur
Kata kerja : cerai-berai,
gotong-royong
Kata adjektif : hiruk-piruk
ii)Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi
konsonan tertentu.
Contohnya :
Kata nama : batu-batan,
gunung-ganang, suku-sakat
Kata kerja : dolak-dalik,
huyung-hayang, mundar-mandir
Kata adjektif : huru-hara,
kontang-kanting, kucar-kacir
iii)Penggandaan berentak bebas
Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi
vokal
atau konsonan.
Contohnya :
Kata nama : anak -pinak ,
saudara-mara , ipar-duai
Kata kerja : ulang alik
Kata adjektif : lintang-pukang,
remeh-temeh , simpang siu
Contoh penggunaan dalam ayat :
1.Tapak pembinaan sekolah baru itu dipenuhi dengan batu-batan.
2. Jalan raya dari Segamat ke Tangkak bengkang-bengkok.
3.Kebiasaannya,pada malam Tahun Baru Cina akan kedengaran
dentam-dentum bunyi mercun dan bunga api.
4.Penduduk Taman Melayu Jaya sedang bergotong-royong membersihkan
padang permainan kanak-kanak.
5.Beberapa orang murid mengalami cirit-birit
setelah makan nasi lemak di kantin
sekolah.
thanks for infor
BalasPadamWoiiooooi
Padameh tiber
Padamterima kasih untuk maklumat ini
BalasPadamthank you very much for this infofmation
BalasPadamT.kasih share maklumat. Izinkan saya gunakan bahan tersebut untuk pelajar saya. T.kasih.
BalasPadamsaya menyiyapkan kerja sekolah saya dengan masa 5 minit dengan hanya melihat contohnya itu sahaja.
BalasPadamterima kasih atas maklukmat ini
BalasPadamwlaupun tidak seberapa tetapi ia maklumat ini amat bagus... terima kasih
BalasPadamTerima kasih untuk share ini ya.. 😊
BalasPadamHhhh
BalasPadamThanks for info 🤩🤩
BalasPadam