Pembentukan Kata Ganda
Menurut Abdullah Hassan (2006), penggandaan adalah satu proses yang mengulang kata dasar. Pengulangan itu boleh berlaku kepada seluruh atau sebahagian daripada perkataan. Bentuk perkataan yang diulang itu dipanggil dasar, dan bentuk ulangan itu dipanggil gandaan. Lazimnya bentuk dasar terletak di depan.
Menurut Asmah Hj.Omar (2009) pula, menyatakan bahawa gandaan adalah kata yang dihasilkan oleh penggandaan. Penggandaan didefinisikan sebagai proses mengulangi sesuatu perkataan, seluruhnya atau pada bahagian-bahagian tertentu. Dalam penggandaan pada bahagian-bahagian tertentu, maka pengulangan berlaku pada unsur kata yang berkenaan, dan unsur ini boleh merupakan suku kata (satu atau lebih) atau rentetan bunyi-bunyi (vokal dan/atau konsonan) yang tidak bertaraf suku kata.
Selain itu, menurut Asraf (2007), kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya. Bagi Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2011) pula, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan serentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Justeru, bolehlah disimpulkan bahawa kata ganda dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pembentukan kata ganda ini terbahagi kepada tiga jenis penggandaannya. Proses pembentukan kata ganda itu adalah seperti berikut:
1.Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata
dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Kata ganda penuh terbahagi kepada 2 iaitu kata ganda dasar dan
kata ganda berimbuhan
1.1 Penggandaan penuh kata tunggal terbahagi kepada 4 iaitu :
a. Gandaan penuh kata pada kata nama
b. Gandaan penuh kata pada kata kerja
c. Gandaan penuh kata pada kata adjektif
d. Gandaan penuh pada kata keterangan
1.2.
Penggandaan penuh kata berimbuhan pula terbahagi kepada
3 iaitu :
a. Imbuhan awalan
b. Imbuhan akhiran
c. Imbuhan akhiran
3 iaitu :
a. Imbuhan awalan
b. Imbuhan akhiran
c. Imbuhan akhiran
2 .Kata Ganda Separa
Penggandaan kata ganda separa boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu :
a.Penggandaan separa kata tunggal
Contohnya :
laki - lelaki
siku - sesiku
tikus - tetikus
a.Penggandaan separa kata tunggal
Contohnya :
laki - lelaki
siku - sesiku
tikus - tetikus
b.Penggandaan separa kata berimbuhan
Penggandaan separa kata
berimbuhan ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :
i. .Gandaan kata berimbuhan awalan kata kerja
ii. Gandaan kata berimbuhan awalan kata adjektif
iii. Gandaan kata berimbuhan akhiran
Penggandaan Berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut
i. .Gandaan kata berimbuhan awalan kata kerja
ii. Gandaan kata berimbuhan awalan kata adjektif
iii. Gandaan kata berimbuhan akhiran
3. Kata Ganda Berentak
Penggandaan Berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar
itu. Dalam pergandaan berentak,
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang atau diubah.
Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi
demikian,maka
penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
a.Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal
tertentu,iaitu terdapat ciri-ciri
keharmonian vokal.
Contohnya :
i.
kata nama -
kuih-muih , lauk-pauk , sayur-mayur
ii.
kata kerja -
cerai-berai , gotong-royong
iii.
kata adjektif -
hiruk-piruk
b.Penggandaan berentak perulangan
konsonan
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai cirri-ciri
persamaan
pada bunyi-
bunyi konsonan tertentu :
Contohnya:
i.
kata nama - batu- batan, gunung-ganang, suku-sakat
ii.
kata kerja -
dolak-dalik , huyung-hayang , mundar-mandir
iii.
kata adjektif - huru-hara , kontang-kanting , kacar-kacir
c.Penggandaan berentak bebas
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
Contohnya :
i.
kata nama -
anak-pinak , saudara-mara , ipar-duai
ii.
kata kerja -
ulang-alik
iii.
kata adjektif -
lintang-pukang , remeh-temeh , simpang-siur
sumber rujukan:
Tatabahasa Dewan
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan