1 Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika
membonceng motorsikal
ayahnya.
ayahnya.
A erat-erat
B dekat-dekat
C betul-betul
D diam-diam
2 Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam
mesyuarat tadi.
A hangar-bingar
B kucar-kacir
C dolak-dalik
D remeh-temeh
3 Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika
dicuci.
A berketul-ketul
B berbonggol-bonggol
C bergumpal-gumpal
D bersimpul-simpul
4 Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai
__________ keluar untuk mendengar
ceramah yang disampaikan oleh calon.calon yang bertanding.
A berhimpit-himpit
B berpusu-pusu
C berebut-rebut
D berbaris-baris
5 Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya
__________ tidak
kelihatan gondol.
kelihatan gondol.
A rumput-rampai
B gunung-ganang
C semak-samun
D bukit-bukau
6 Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap
penyakit Parkinson.
A terketar-ketar
B tergigil-gigil
C termangu-mangu
D terkial-kial
7 Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah
sempena hari jadinya yang
ke.14.
A berseri-seri
B berkilau-kilau
C berpinar-pinar
D bersinar-sinar
8 Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup
angin.
A berbuai-buai
B berkibar-kibar
C bergoyang-goyang
D bergerak-gerak
9 Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak
lawan.
A calar-balar
B bengkak-bengkil
C comot-momot
D bengkang-bengkok
10 Samira _________ dilanggar kereta ketika sedang
melintas jalan raya
yang sibuk itu.
yang sibuk itu.
A dekat-dekat
B kadang-kadang
C nyaris-nyaris
D hampir-hampir
11 Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah
diserahkan
kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________
hutan simpan itu.
kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________
hutan simpan itu.
A simpang-siur
B selok-belok
C lekak-lekuk
D hiruk-pikuk
12 Persahabatan kami tetap erat walaupun kami tinggal
berjauhan kerana
kami sering __________.
kami sering __________.
A pandang-memandang
B jelling-menjeling
C tegur-menegur
D kunjung-mengunjung
13 Suasana __________ di stadium itu jelas kedengaran
tatkala wisel
penamat ditiupkan.
penamat ditiupkan.
A huru-hara
B hiruk-pikuk
C kacau-bilau
D kucar-kacir
14 Tangisan pilu mangsa kekejaman Zionis itu masih
_________ di telingaku.
A terngiang-ngiang
B teringat-ingat
C berbisik-bisik
D berdering-dering
15 Kami masih dapat melihat kilauan permata itu walaupun
dalam cahaya yang
__________.
A pinar-pinar
B balam-balam
C samar-samar
D suram-suram
16 Encik Bala berjalan _________ di hadapan bilik
bersalin ketika menanti
kelahiran anak sulungnya.
kelahiran anak sulungnya.
A ulang-alik
B lintang-pukang
C mundar-mandir
D kelam-kabut
17 Kemunculan seekor tikus dari celah pintu itu telah
menyebabkan suasana
__________ di kelas 6 Teratai.
__________ di kelas 6 Teratai.
A hangar-bingar
B gundah-gulana
C jerit-pekik
D tunggang-langgang
18 __________ muka adik menahan kesakitan akibat terjatuh
dari basikalnya.
A Bermuka-muka
B Berpinar-pinar
C Berkedut-kedut
D Berkerut-kerut
19 Pertahanan pasukan Perak __________ akibat daripada
asakan
bertubi . tubi pasukan lawan.
bertubi . tubi pasukan lawan.
A hiruk-pikuk
B kucar-kacir
C kacau-bilau
D haru-biru
20 Puan Kumari menggunakan ___________ yang diimport khas
dari India untuk
melazatkan
masakannya.
A beras-petas
B kuih-muih
C rempah-ratus
D sayur-mayur
21 Selepas mandi, dia mengenakan __________ pada badannya
agar harum.
A bunga-bungaan
B ubat-ubatan
C biji-bijian
D bau-bauan
22 Guruh berdentum, kilat __________ menandakan hujan
lebat akan turun membasahi
bumi.
A sabung-menyabung
B sapa-menyapa
C tolak-menolak
D cuit-mencuit
23 Kakak tidak dapat tidur lena di rumah nenek kerana
asyik terdengar
bunyi __________buah mangga yang gugur.
bunyi __________buah mangga yang gugur.
A letuk-letak
B lepak-lepuk
C lesuk-lesak
D letung-letang
24 Ibu mengusap __________ adik yang masih merah dengan
penuh kasih sayang.
A mata-mata
B rambut-rambut
C ubun-ubun
D tulang-tulang
25 Keluarga yang __________ merupakan salah satu daripada
faktor penyebab remaja
menghadapi
masalah sosial.
A huru-hara
B hangar-bingar
C gundah-gulana
D porak-peranda
26 Dari jauh kelihatan sebuah kapal __________ di tengah
lautan.
A berbalam-balam
B berbelang-belang
C berbalun-balun
D berlalu-lalang
27 Skru besar itu tidak dapat digunakan kerana __________
nya sudah haus.
A sesendi
B bebenang
C kekuda
D kekisi
28 Suatu ketika dulu, feri .Gadis Langkasuka. __________ dari Pulau Pinang
ke Medan, Indonesia.
ke Medan, Indonesia.
A lalu-lalang
B mundar-mandir
C bolak-balik
D lintang-kedak
29 Sampan kecil di laut itu kelihatan _________ apabila
dipukul ombak.
A terhuyung-hayang
B terkapai-kapai
C terapung-apung
D terolang-aling
30 Badan peserta . peserta
Program Latihan Khidmat Negara _________ kerana
meredah belukar.
meredah belukar.
A calar-balar
B pucat-lesi
C koyak-rabak
D comot-momot
Boleh bagi jawapan ?
BalasPadam