Penggandaan
Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang
menggandakan
keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi
imbuhan ataupun tidak.
keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi
imbuhan ataupun tidak.
Kata ganda penuh terbahagi kepada 2 iaitu :
a. kata ganda dasar
b. kata ganda berimbuhan.
a. kata ganda dasar
b. kata ganda berimbuhan.
Penggandaan penuh kata tunggal terbahagi
kepada 4 iaitu :
a.Gandaan
penuh kata pada kata nama
Contohnya :
Adik-adik
|
Agar-agar
|
Batu-batu
|
Buku-buku
|
Jari-jari
|
Duri-duri
|
Cawan-cawan
|
Jala-jala
|
Kisi-kisi
|
Kanak-kanak
|
Kuda-kuda
|
Mata-mata
|
Contoh
penggunaan dalam ayat
i.
.Adik-adik
saya belajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris, Segamat.
ii.
Agar-agar ini sangat manis.
iii.
Shamsudin telah membaca buku-buku itu.
iv.
Lima daripada jari-jari
basikal itu telah patah.
v.
Kisi-kisi
tingkap itu telah buruk
b. Gandaan penuh kata pada kata kerja.
Contohnya :
Ajak-ajak
|
Baring-baring
|
Duduk-duduk
|
Garu-garu
|
Gelak-gelak
|
Kejar-kejar
|
Ketuk-ketuk
|
Lompat-lompat
|
Main-main
|
Masak-masak
|
Muntah-muntah
|
Pulang-pulang
|
Contoh penggunaaan dalam ayat :
i. Azah sedang baring-baring
di bangku panjang itu.
ii.
Ali,Abu dan Arman sedang bermain kejar-kejar.
iii.
Nurasyikin dan Maznah sedang duduk-duduk di bawah pokok itu.
iv.
Semasa ibu bekerja, adik bermain masak-masak dengan Amrila.
v.
Ramai orang sedang makan-makan
di tepi pantai itu.
c.Gandaan
penuh kata pada kata adjektif.
Contohnya
Hitam-hitam
|
Jinak-jinak
|
Muda-muda
|
Nakal-nakal
|
Rajin-rajin
|
Rapat-rapat
|
Sihat-sihat
|
Tinggi-tinggi
|
Besar-besar
|
Bodoh-bodoh
|
Cantik-cantik
|
Gemuk-gemuk
|
Contoh penggunaan dalam ayat :
i.
.Rumah di taman perumahan itu besar-besar belaka.
ii.
Lukisan
yang dipamerkan di dewan itu cantik-cantik.
iii.
Kambing yang dibela oleh En.Roshan gemuk-gemuk belaka.
iv.
Murid-murid di Tahun 6 Maju nakal-nakal.
v.
“Rajin-rajinlah
belajar supaya kamu lulus di dalam peperiksaan
UPSR nanti,”kata Cikgu Zafie.
d.Gandaan penuh pada kata keterangan
Contohnya :
Awal-awal
|
Baik-baik
|
Diam-diam
|
Enak-enak
|
Handal-handal
|
Jauh-jauh
|
Jiran-jiran
|
Kadang-kadang
|
Renyai-renyai
|
Sayup-sayup
|
Senyap-senyap
|
Sungguh-sungguh
|
Contoh
penggunaan dalam ayat :
i.
.Awal-awal
lagi adik saya sudah bangun.
ii.
Apabila melihat polis datang, Sufian cepat-cepat bersembunyi
iii.
Zakaria membuat kerja itu secara diam-diam.
iv.
Hujan yang turun petang tadi hanya renyai-renyai sahaja.
v.
Sayup-sayup kedengaran suara orang meminta tolong.
Penggandaan penuh kata berimbuhan pula
terbahagi kepada 3 iaitu :
a.
Imbuhan awalan
Contohnya :
pemimpin-pemimpin
|
pekedai-pekedai
|
ketua-ketua
|
pelatih-pelatih
|
Contoh
penggunaan dalam ayat :
i.Pelatih-pelatih pusat kemahiran itu akan menjalani
latihan amali di syarikat-syarikat yang terpilih sahaja.
latihan amali di syarikat-syarikat yang terpilih sahaja.
ii.Pekedai-pekedai
dilarang menaikkan harga barangan
yang dijual sesuka hati.
yang dijual sesuka hati.
iii.Mesyuarat ketua-ketua kampung akan diadakan di
pejabat Majlis Daerah Segamat pada minggu hadapan.
pejabat Majlis Daerah Segamat pada minggu hadapan.
b.
Imbuhan akhiran
Contohnya:
jualan-jualan
|
ajaran-ajaran
|
amalan-amalan
|
tembakan-tembakan
|
Contoh penggunaan dalam ayat :
i.
Jualan-jualan
murah pada musim perayaan perlu mendapatkan
kebenaran daripada pihak berkuasa
ii.
Ajaran-ajaran
agama dari sekolah pondok sering dipantau oleh
Jabatan Agama Islam negeri-negeri.
iii.
Penduduk
di kawasan taman perumahan digalakkan sentiasa
tolong menolong agar amalan-amalan ini akan menjadi satu budaya
masyarakat.
c.
Imbuhan apitan
Contohnya :
persatuan-persatuan
|
kementerian-kementerian
|
pertandingan-pertandingan
|
permainan-permainan
|
Contoh
penggunaannya di dalam ayat :
i.
Permainan-permainan
tradisional hendaklah diperkenalkan
kepada generasi baru agar ianya tidak
pupus.
ii.
Persatuan-persatuan
belia perlu bergerak dengan aktif untuk
menarik minat para belia menyertai
persatuan mereka
iii.
Jabatan Pelajaran Johor perlu menyelaraskan
jadual
pertandingan-pertandingan di peringkat
negeri dengan
sebaik mungkin.
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU YANG SANGAT BERMANFAAT
BalasPadamminta share.. tq
BalasPadamOk
PadamMak kau hijau
BalasPadamBapak kau Kelli g
BalasPadamDah kenape
PadamHiram tellur gegel
BalasPadamjinak-jinak tidak ada ke contoh ayat
BalasPadamKhemah-khemah
BalasPadamKawan-kawan
Wau-wau
Meja-meja
Wau-wau
BalasPadamKhemah-khemah
Meja-meja
Kawan-kawan
K
BalasPadamKhemah-khemah
BalasPadamGerai-gerai
Beli-belah
Gegantung
Enak-enak
BalasPadamBerulang-ulang
BalasPadamTerburu-buru
Otot-otot
Undang-undang
Sekolah-sekolah
Ketiga-tiga
Wau-wau
BalasPadamsihat-sihat
BalasPadamWau-wau
BalasPadamKhemah khemah
BalasPadamjauh-jauh
BalasPadamBabi babi
BalasPadam