Isnin, 12 November 2012

KATA GANDA SEPARA



.  Kata Ganda Separa
             Menurut Asraf (2012), kata ganda separa ialah kata ganda 
yang  mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.
Selain itu, bunyi vokal pada suku kata  pertama berubah menjadi vocal
yang dilambangkan dengan huruf e .
            Menuruf  Nik Safiah dan rakan-rakan (2011), melalui karya
  Tatabahasa Dewan , menyatakan bahawa kata ganda separa ialah
 proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
Kata dasar  boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
                               
   Penggandaan kata ganda separa boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :
            a.Penggandaan separa kata tungga
            b.Penggandaan separa kata berimbuhan

   a.Penggandaan separa kata tunggal
      Penggandaan ini boleh dilihat seperti contoh berikut :              
Bil.
Kata ganda separa
Contoh penggunaan di dalam ayat
1
bebalai
Mereka sedang berehat di atas bebalai itu.
2
bebenang
Bebenang skru itu sudah haus
3
dedaun
Dedaun itu bertaburan di bawah
pokok itu.
4
jejari
Jejari roda basikalnya kelihatan berkarat.
5.

6
lelabah

sesiku
Bangsal buruk itu dipenuhi dengan sarang
lelabah
Hj.Husin menggunakan sesiku untuk mengukur sudut tepat.
7
lelangit
Ayah sedang memasang lelangit di dalam bilik.
8
pepijat
Belakang Razali kelihatan merah
kerana digigit pepijat

   b. Penggandaan separa kata berimbuhan.
        Penggandaan separa kata berimbuhan ini boleh dikategorikan
        kepada 3 iaitu :

              i.        Kata imbuhan awalan
Kata imbuhan awalan- kata kerja.

Contohnya seperti berikut :
ber-
berkata-kata, berbual-bual , berdekah-dekah,berjalan
ter-
tersengeh-sengeh,tertampi-tampi ,tercengang-cenggang , teresak-esak
di-
dimarah-marah , dirisik-risik ,digelak-gelak
meN-
meraung-raung ,meronta-ronta , 
 menjerit-jerit

bantu-membantu,tolong-menolong,tembak-menembak
                 
                 Kata imbuhan awalan – kata adjektif
                
                Contohnya :
se-
sepandai-pandai , sebaik-baik , setinggi-tinggi

            ii.        Kata imbuhan akhiran
                Kata imbuhan akhiran- kata nama

                Contohnya :
-an
Bunga-bungaan, kenang-kenangan,tumbuh-tumbuhan

                Kata imbuhan akhiran- kata kerja

                Contohnya :
-kan
risik-risikkan,doa-doakan, tanya-tanyakan
-i
amat-amati,selidik-selidiki, bayang-bayangi

                Kata imbuhan akhiran – kata adjektif

                Contohnya :
-an
jadi-jadian, rindu-rinduan, mati-matian, wangi-wangian

           iii.        Kata imbuhan apitan
                  Kata imbuhan apitan – kata kerja

                  Contohnya :
ber…an
bersalam-salaman, bertumbuk-tumbukan,
bertikam-tikaman, bersahut-sahutan
meN…kan
mendewa-dewakan,memburuk-burukkan,
 meninggi-ninggikan
meN…i
Mengawas-awasi,mengulang-ulangi,
membohong-bohongi
di…kan
diagung-agungkan,dimanja-manjakan,
ditonjol-tonjolkan
di….i
Dibayang-bayangi,dimarah-marahi,dihalus-halusi

               Kata imbuhan apitan – kata adjektif
                Contohnya :
ke…an
Keputih-putihan, kegila-gilaan, kebudak-budakan


9 ulasan:

  1. sangat membantu....dan senang untuk difahami...terimakasih

    BalasPadam
  2. Membantu dalam PdP saya. Terima kasih

    BalasPadam
  3. Membantu dalam PdP saya. Terima kasih

    BalasPadam
  4. wow ada blog cgu..ex mptaa hebat..

    BalasPadam
  5. thanks buat blog ni. sama macam https://www.scribd.com/doc/256023308/Kata-Ganda-Separa. tak payah dh saya download scribd

    BalasPadam